Friday, 12 October 2012

Padahnya merokok .... katakan TAK NAK pada MEROKOK !!!








Kami ingin bertanya kepada anda semua, adakah anda suka kepada mereka yang merokok?? Mestilah tidakkan?? Kami sendiri pun tidak suka kepada mereka yang merokok.. Merokok tidak memberi sebarang faedah malah memberi kesan yang buruk. Lebih malang lagi, perokok pasif, iaitu mereka yang tidak merokok, tetapi terdedah kepada asap rokok akan menerima kesan yang lebih teruk lagi.. Kalau si perokok tidak sayang kepada diri sendiri,  mereka sepatutnya berfikir tentang akibat buruk perbuatan mereka ke atas kesihatan orang lain.. Janganlah anda terlalu mementingkan diri sendiri dengan merokok di khalayak ramai, terutama sekali tempat yang menjadi tumpuan awam.. ingatlah bahawa setiap sedutan membawa padah!


Bagi mereka diluar sana yang ingin berjinak-jinak dengan rokok.. Jangan lakukan okey.. Sekali korang dah hisap,korang akan ketagih.. Kenapa mereka ketagih??  Semua ini disebabkan NIKOTIN yang terkandung dalam rokok tersebut.. Selain memberi kesan ketagihan,  mereka yang merokok ini juga terdedah kepada pelbagai penyakit seperti :-

1. Barah paru-paru
2. Kelelahan akibat COAD dan emphysema
3. Sakit jantung
4. Kerosakkan salur darah seperti peripheral vascular diseases
5. Kanser pundi kecing
6. Lemah ingatan
7. Jika mengandung anak perkembangan anak boleh terbantut
8. Meningkatkan risiko kecederaan anak yang dikandung
9. Risiko kerosakkan pernafasan pada bayi atau anak kecil
10. Risiko menghidap pelbagai jenis  barah @ kanser meningkat

Terdapat banyak lagi penyakit yang berisiko tinggi dihidapi sekiranya anda merokok.. Di samping itu, telah ada beberapa fatwa yang menyatakan merokok itu HARAM !!!

Antara sebab-sebab kenapa Islam mengharamkannya ialah :-

1. Rokok menjejaskan akal (mental)
2. Rokok membahayakan kesihatan fizikal
3. Rokok membahayakan kesihatan diri dan orang lain
4. Rokok mengandungi dadah (nikotin)

Selain yang dinyatakan di atas, sebenarnya ada banyak lagi sebab lain Islam haramkan merokok.. Kepada mereka yang masih lagi merokok,berhentilah sebelum nyawa anda terhenti.. Tiada faedah pun merokok ini..  Yang ada hanyalah kesan-kesan buruk seperti yang kami terangkan diatas..

Tips untuk berhenti merokok:

Jangan sesekali anda cuba merokok !!

Jika anda sudah ketagih...

1. Berhenti terus
2. Berhenti beransur-ansur
3. Menggunakan bantuan nikotin gantian seperti patch nikotin dan gula-gula nikotin

Sekian terima kasih kerana sudi membaca artikel kami...

No comments:

Post a Comment